4
SELAMAT DATANG

Mengenai Kami

Kami merupakan Kedai Kabinet Dapur yang mempunyai pengalaman bertahun dalam bidang rekaan kabinet dapur. Banyak projek yang telah berjaya kami siapkan dan kesemua pelanggan kami berpuas hati dengan hasil rekaan kami.

Kami bersedia untuk menerima sebarang bentuk tempahan daripada anda dan kami akan merealisasikan kabinet dapur idaman anda.

Jangan risau. Harga yang kami tawarkan adalah sangat-sangat berpatutan.

Kami akan memastikan segala keperluan anda dipenuhi dan kami akan memastikan rekaan kami mengambil kira segala perspektif supaya anda akan merasakan seperti dapur tersebut memang direka untuk anda.

Anda Sedang Mencari Rekaan Kabinet Dapur Yang Moden?

Terlalu Banyak Pilihan Namun Harga Tidak Berpatutan?

 

Adakah anda…

  • Risau hasil tidak seperti yang anda harapkan?
  • Risau ia tidak memenuhi keperluan anda di dapur?
  • Risau ia tidak mempunyai ruang simpanan yang mencukupi?
  • Risau penempatan suis tidak sesuai?
  • Risau anda tidak mempunyai ruang kerja yang mencukupi?
  • Risau tiada servis selepas jualan (after-sale service) daripada pereka?

 

Jika perkara-perkara seperti diatas merisaukan anda, anda sudahpun menemui penyelesaiaannya!

 

KEDAI KABINET DAPUR

Kami Menyediakan Rekaan Kabinet Dapur Yang Moden dan Pastinya Harga Yang Kami Tawarkan Adalah Sangat Berpatutan!

Kami juga menyediakan..

  • Berbagai rekaan kabinet dapur untuk pilihan anda
  • Berbagai rekaan yang sesuai dan memenuhi kehendak anda
  • Khidmat panduan dan nasihat untuk memastikan rekaan kabinet dapur anda tidak akan memberikan masalah kepada anda dikemudian hari
  • Berbagai rekaan kabinet dapur yang sesuai dengan bajet anda

 

Sebelum memulakan sebarang projek rekaan dan pembinaan kabinet dapur untuk anda, kami akan bertanyakan beberapa soalan untuk anda seperti…

  • Corak kehidupan seharian anda di rumah
  • Cara anda menggunakan dapur anda
  • Apa yang anda suka dan tidak suka mengenai rekaan kabinet dapur dan layout dapur anda sendiri
  • Apa ciri istimewa yang anda harapkan daripada rekaan kabinet dapur idaman anda
  • Berapa ramai yang menggunakan dapur di rumah anda
  • Cara anda memasak dan apa yang selalu anda masak
  • Berapa banyak peralatan dapur yang anda ada sekarang dan sebarang perancangan penambahan peralatan

 

Soalan-soalan tersebut adalah untuk mengelakkan anda daripada berdepan dengan masalah-masalah berikut sebaik sahaja kabinet dapur anda siap..

 

Ruang Simpanan Yang Tidak Mencukupi

Hal ini merupakan diantara masalah utama yang akan anda hadapi hasil daripada perbincangan dan perancangan yang tidak rapi dengan pereka kabinet dapur anda. Ia akan menyebabkan dapur anda akan menjadi bersepah kerana anda akan meletakkan barang-barang yang tidak dapat disimpan diatas kabinet dapur anda.

Jika anda mempunyai ruang dapur yang kecil sekalipun, anda dapat mengatasi masalah ini dengan membina kabinet atas dan bawah di dapur anda. Anda hanya memerlukan pereka yang mempunyai daya imaginasi dan daya kreativiti yang tinggi seperti pereka-pereka di syarikat kami.

Anda juga perlu lebih kreatif dalam memaksimukan penggunaan ruang di dapur anda. Selain itu, anda juga perlu tahu dan memastikan setiap apa yang ada di kabinet anda digunakan dengan cara yang paling betul dan efisien.

Laci adalah lebih sesuai untuk anda menyimpan pan berbanding dengan kabinet kerana ia akan lebih memudahkan anda untuk mengambilnya apabila diperlukan. Jika anda mempunyai kabinet tinggi, sediakan bersamanya bangku untuk memudahkan anda mencapai barang-barang yang disimpan didalam kabinet atas.

Fikirkan mengenai apa yang anda ada dan apa yang anda perlukan seawal yang mungkin.

 

Perancangan Layout yang Tidak Sesuai

Layout yang tidak sesuai akan menjadikan kerja anda lebih rumit sekaligus membuatkan anda kurang selesa untuk melakukan kerja anda di dapur. Dapur anda seharusnya direka khas dan sesuai untuk anda dan ia juga seharusnya memenuhi segala keperluan anda.

Rekaan kabinet bawah tidak boleh terlalu tinggi dan terlalu rendah dari anda kerana ia akan memberikan anda ketidakselesaan ketika anda melakukan kerja di dapur. Untuk mengelakkan hal ini daripada berlaku, pereka kabinet dapur anda haruslah bertanyakan cara penggunaan dapur anda seperti di mana anda selalunya melakukan kerja-kerja memotong, keperluan anda di dapur, berapa ramai yang tinggal didalam rumah, usia mereka yang tinggal di dalam rumah bagi tujuan keselamatan, siapa yang selalunya memasak dan apa style memasak anda.

Segala maklumat ini sangat diperlukan ketika merancang layout kabinet dapur anda. Kami lebih menggemari kaedah membahagikan dapur kepada beberapa kawasan mengikut kerja-kerja yang dilakukan seperti kawasan untuk membasuh, menyediakan bahan, memotong dan memasak akan memberikan rekaan yang lebih efisien dan bersesuaian dengan kehendak anda.

 

Tidak Mempunyai Counter Space Yang Mencukupi

Counter yang tidak mencukupi ataupun diletakkan pada posisi yang salah merupakan antara masalah utama dalam rekaan kabinet dapur. Ia juga merupakan antara perkara yang menyulitkan kerana anda memerlukannya untuk berbagai aktiviti di dapur.

Ia juga penting untuk memastikan kelancaran kerja anda di dapur. Dengan memastikan ia berada pada posisi yang terbaik, anda dapat memastikan proses memasak di dapur dapat dilakukan dengan lancar, teratur, kemas dan selamat.

Antara kesialapan utama adalah tidak menyediakan ruang yang mencukupi berhampiran peti ais dan juga oven. Ruang disebelah peti ais adalah diperlukan untuk anda meletakkan sesuatu untuk anda membuka pintu peti ais. Begitu juga halnya dengan ruang berhampiran tempat memasak atau oven. Anda akan mempunyai ruang untuk meletakkan makanan yang panas-panas untuk disejukkan sedikit terlebih dahulu.

Sewaktu merancang, anda perlu fikirkan segala kemungkinan cara penggunaan anda yang sekarang, apa yang anda perlukan. Sebagai contoh, anda mungkin memerlukan ruang yang membolehkan lebih dari seorang untuk memasak pada masa yang sama, atau ruang dimana orang lain boleh duduk untuk berbual dengan anda sewaktu anda memasak.

 

Trafik Di Ruang Kerja Anda

Anda memerlukan ruang untuk bekerja lebih daripada seorang di dapur maka anda perlu pastikan ia tidak akan mengganggu kerja anda sewaktu anda di dapur. Inilah yang dimaksudkan dengan trafik di dapur, iaitu untuk memastikan kelancaran pergerakan anda di dapur dan untuk mengelakkan sebarang kemalangan.

Sebagai contoh, anda ingin mengelakkan anak anda daripada melintas di depan anda sewaktu anda sedang membawa makanan panas dari dapur ke ruang makan. Itu merupakan contoh bagaimana trafik akan menjadi masalah buat anda ketika anda di dapur namun anda boleh elakkan ia dengan melakukan perancangan yang rapi.

Anda boleh merancang rekaan layout dapur anda dengan menyediakan dua ruang yang berasingan iaitu ruang dimana anda memasak dan ruang dimana makanan-makanan ringan dan segera serta peti ais ditempatkan. Ruang ini boleh dicapai tanpa perlu untuk ahli keluarga anda masuk sepenuhnya ke dapur. Selain itu, anda boleh merancang dapur anda supaya mempunyai satu bahagian untuk masuk sahaja supaya anda boleh melihat siapa yang masuk dan keluar.

 

Saiz Kabinet dan Peralatan Yang Tidak Sesuai

Saiz kabinet yang tidak sesuai akan membuatkan anda tidak dapat untuk menyimpan barang-barang anda seperti yang anda harapkan. Seawal proses perancangan kabinet dapur anda, anda perlu ketahui peralatan-peralatan apa yang anda akan simpan di dalam kabinet-kabinet tersebut supaya saiz kabinet tersbut tidak akan menjadi terlalu kecil dan terlalu besar. Anda juga perlu memastikan peralatan sedia ada atau yang bakal dibeli tidak terlalu besar supaya anda boleh meletakkannya dengan selamat dan menggunakannya dengan selesa.

Bagi peralatan yang anda akan sentiasa letakkan diatas kabinet dapur seperti oven, periuk nasi eletrik, pressure cooker dan sebagainya, anda perlu pastikan anda mempunyai ruang yang mencukupi dan peralatan-peralatan ini tidak terlalu bersesak di atas kabinet.

 

Pengudaraan Yang Teruk

Selalunya perkara ini diabaikan dan anda lebih pentingkan gaya dan rekaan berbanding keselesaan dan keperluan. Pilih hood yang sesuai supaya anda boleh mengelakkan dapur anda daripada kekal dengan bau masakan anda yang anda masak, bau minyak, bau asap dan sebagainya.

 

Anda juga perlu mengambil kira saiz hood yang akan anda gunakan di dapur anda supaya anda dapat memberikan ruang yang mencukupi untuk memasang hood tersebut.

Anda juga perlu memastikan ia tidak mengeluarkan bunyi yang terlalu bising. Jika dapur anda menggunakan konsep terbuka anda pastinya perlu mengambil serius akan hal ini kerana anda perlu memastikan ahli keluarga anda dapat menonton tv atau melakukan sebarang aktiviti lain dengan selesa ketika anda memasak.

 

Lihat! Kami Bukan Buat Semata-Mata Untuk Wang. Kepuasan Anda Adalah Keutamaan Kami!

Haa.. Apa kata anda lihat sendiri hasil kerja kami?
12
11
10
9
8
7
6
5
4
3
2
1

Ini yang orang katakan biar gambar berbicara. Apa yang dikongsikan adalah sebahagian daripada hasil kerja kami. Anda boleh mendapatkan rekaan dan hasil yang seperti yang kami tunjukkan diatas malah lebih baik lagi.

Selain itu, kami juga mempunyai..

  • Kilang kami sendiri dimana kami dapat beroperasi dengan lebih efisien
  • Lori kami sendiri yang memudahkan pengangkutan barang-barang
  • Pekerja kami yang berkemahiran tinggi dan sangat-sangat profesional
  • Bahan-bahan terbaru dan berkualiti untuk kabinet dapur idaman anda
  • Servis after-sale
  • Warranty selama 365 hari
  • Free Gift yang teramat istimewa (Bergantung kepada terma dan syarat)
  • Cash Voucher (Bernilai RM250)
13
14
15

Ini juga yang menjadikan servis kami berbeza berbanding dengan yang lain kerana kami mempunyai hampir segalanya yang akan memudahkan lagi operasi kami dan segala projek yang ditempah dengan kami akan mampu diselesaikan dalam masa yang telah ditetapkan.

 

Dengan kemudahan dan pekerja mahir serta profesional yang kami ada ini juga, kualiti setiap bahan dan binaan adalah terjamin. Kami dapat sentiasa mengekalkan kualiti rekaan kami pada tahap terbaik kerana kami sendiri yang menyediakan serta membuat segalanya dari A-Z.

 

FREE GIFT DARIPADA KAMI…

(Bergantung kepada terma dan syarat)

GET IT TOUCH

Hubungi Kami

ALAMAT KAMI

No. 105A, Jalan Cokmar 1, Mutiara Bukit Raja, 41050 Klang, Selangor

Klik Di Bawah Untuk WhatsApp SEKARANG!

to top button