ADA BERAPA JENIS GRILL RUMAH DAN APA BEZANYA?

Grill Rumah: Pendahuluan

Hai semua. Anda baru berpindah masuk rumah baru ke? Ke anda tengah renovate rumah? Tak pun grill rumah anda dah lama dan berkarat? Hehe.. X apa walau apapun sebab anda, kami tetap akan kongsikan ilmu dan informasi yang perlu anda ketahui mengenai grill rumah. Bagi kita rakyat Malaysia ni memang kita perlukan grill rumah sebab memang kita selalu dengar Malaysia masih aman, tapi kes pecah rumah juga agak banyak. Itu fakta. Bukan untuk menakutkan anda. Grill rumah ni kiranya sebagai ‘double protection’ untuk rumah kita. Tapi, rakyat Malaysia ni memang kreatif. Walaupun kita memasang grill rumah untuk tujuan keselamatan, tak sedikitpun rumah kita nampak makin buruk atau serabut dengan adanya grill tersebut kerana banyak grill yang cantik-cantik dan direka menarik. Salute orang Malaysia. Walaupun rekaan telah dimodenkan dan ada bermacam-macam gaya, tapi sedikit pun tak berkurang tahap keselamatan yang diberikannya.

 

Kebiasaannya, bagi mereka yang tengah mencari grill rumah yang sesuai, ada beberapa perkara yang mereka akan fikirkan. Ini antara perkara-perkara yang akan mereka consider bila mencari grill rumah:

  • Jenis grill rumah yang sesuai
  • Design grill yang sesuai
  • Berapa kos grill
  • Dekat mana boleh cari tukang untuk buat grill

 

Haaa.. Tu antara benda yang perlu difikirkan bila anda mencari grill yang sesuai untuk rumah anda. Tak banyak benda pun perlu difikirkan tapi better bila anda fikirkan siap-siap. Mudah untuk anda bertanya jika anda perlukan design anda sendiri. Buat lakaran design anda dan tunjuk pada tukang. Pergi survey harga dulu supaya anda dapat membuat perbandingan dan lihat hasil-hasil kerja mereka. Kalau anda tidak memerlukan design yang khas, anda boleh saja dapatkan design yang sedia ada daripada tukang. Biasanya design jenis ini lebih murah berbanding design yang kita custom made.

 

Jenis Grill

Grill rumah ni diperbuat daripada beberapa jenis bahan dan ada banyak jenis. Antara jenis yang biasa digunakan adalah besi biasa ataupun mild steel, wrought iron, stainless steel dan juga aluminium. Anda perlu mengetahui ciri-ciri yang ada pada setiap bahan supaya anda dapat membuat penilaian dan pemilihan yang tepat untuk digunakan pada grill rumah anda. Empat jenis ini merupakan yang menjadi pilihan ramai dan juga pilihan tukang kerana setiap satunya ada ciri-ciri yang tersendiri.

 

1 . Mild Steel

grill rumah murah jenis mild steel

Mild steel atau besi biasa merupakan yang paling kerap boleh anda jumpai digunakan sebagai grill atau pagar. Mild steel lebih murah, sedia ada dan lebih mudah untuk dibentuk berbanding bahan lain. Kebiasaannya untuk anda mengenalpasti mild stell pada grill rumah adalah dengan melihat adanya kesan kimpalan. Kesan kimpalan ni macam mana? Dia macam kesan besi dibakar atau dileburkan tu. Macam tu la cara untuk kenal grill yang diperbuat daripada mild steel. Walaupun ia merupakan besi biasa dan lebih murah, tidak bermaksud ia kurang sesuai dijadikan sebagai grill. Harganya murah kerana kos pembuatan dan beratnya adalah lebih rendah menyebabkan proses pembuatannya lebih mudah dan dapat dihasilkan dalam kuantiti yang banyak.

 

2 . Wrought Iron

Wrought Iron grill

Wrought iron atau turut dikenali sebagai worked iron kerana ia merupakan besi yang anda perlu ketuk-ketuk dahulu untuk membentuknya. Kalau anda tengok dalam filem, proses buat pedang, macam tu la proses ketuk-ketuk wrought iron ni. Ia terkenal kerana ia tahan dalam sebarang bentuk cuaca dan mampu bertahan selama beberapa ratus tahun dan ia mempunyai ciri unik kalis karat. Ia juga lebih lembut untuk dibentuk kerana ciri fizikal dia yang mampu untuk menahan suhu yang lebih tinggi sekaligus menjadikan ia lebih mudah untuk dibentuk.

 

3 . Stainless Steel

Stainless Steel house grill

Rasanya stainless steel ni antara bahan yang orang selalu dengar dan sebut. Ia merupakan bahan yang kuat dan mampu bertahan lama. Kebiasaannya ia akan disalut dengan powder coating untuk mengelakkannya daripada mudah berkarat.

 

4 . Aluminium

Aluminium juga merupakan antara bahan yang selalu anda dengar dan sebut. Apa kelebihan aluminium jika dijadikan sebagai grill rumah? Aluminium merupakan sejenis bahan yang ringan dan tahan lama. Antara kelebihan lain menggunakan aluminium ialah ia murah dan merupakan alternatif terbaik jika anda tidak mempunyai bajet yang besar. Cuma satu kekurangan aluminium ini adalah ia mudah untuk bengkok dan tidak sesuai jika anda berada dikawasan yang mempunyai kadar kes pecah rumah yang tinggi.

 

Jadi, berdasarkan informasi yang telah dikongsikan, yang mana satu pilihan anda?

Nak dapatkan sebut harga grill rumah 2017?

Sesuai untuk anda yang inginkan grill rumah moden!

Klik Di Bawah Untuk WhatsApp SEKARANG!

6 replies added

Leave your comment