AWNING RUMAH: APA YANG ANDA PERLU TAHU

Awning Rumah: Kepentingan

Jika anda berada didalam keadaan cuaca panas atau berangin mahupun hujan pastinya anda akan melakukan sesuatu untuk melindungi diri anda daripada ketidakselesaan yang dibawa oleh cuaca-cuaca tersbut bukan? Anda akan memakai cermin mata hitam untuk melindungi mata anda. Anda akan memakai topi untuk melindungi mata anda. Anda akan memakai visor untuk melindungi wajah anda. Jika anda sendiri perlukan perlindungan sedemikian rupa, agak-agak anda, rumah anda pun perlukan perlindungan macam tu tak? Bagi rumah pula, tentu ada bahagian-bahagian yang anda tidak ingin ia terkena panas, terdedah kepada cahaya matahari, hujan dan macam-macam lagi. Jadi, apa caranya untuk anda melindungi rumah anda daripada perkara-perkara tesebut? Anda boleh mengeluarkan sedikit wang untuk memasang awning dirumah anda.

 

Awning ni apa sebenarnya? Tengok gambar-gambar dibawah.

 

awning rumah

awning rumah

 

Anda tentunya pernah nampak awning ni kan? Banyak rumah di Malaysia dipasang awning kerana keadaan cuaca negara kita yang panas dan hujan. Ada banyak jenis awning dan anda perlu untuk berjumpa dengan kontraktor untuk berbincang mengenai masalah yang anda hadapi, tujuan anda ingin memasang awning, rekaan yang sesuai, warna yang sesuai dan juga harga. Cari beberapa orang kontraktor untuk anda bandingkan harga terlebih dahulu dan jangan lupa untuk melihat hasil kerja mereka terlebih dahulu untuk anda berasa lebih yakin dengan mereka.

 

Jenis Awning

 

Terdapat berbagai pilihan awning dalam berbagai bentuk dan gaya. Ia juga datang bersama berbagai jenis saiz, warna dan corak. Jadi, anda perlu mengambil sedikit masa untuk memilih jenis awning yang paling sesuai dengan anda. Ini merupakan beberapa jenis awning yang biasa terdapat dipasaran:

  • Stationary : Awning jenis ini kebiasaannya berbentuk kanopi dan dipasang secara kekal diluar rumah. Ia sangat kukuh dan stabil. Anda perlu memilih kontraktor yang benar-benar profesional dan mahir bagi memastikan awning jenis ini mampu bertahan dalam keadaan cuaca yang ekstrim.
  • Portable : Awning jenis ini turut dikenali sebagai awning mudah alih iaitu ia boleh digerakkan. Ia direka dan dibina untuk memenuhi keperluan anda. Awning jenis ini kebiasaannya sesuai digunakan jika anda ingin berehat di tempat yang berlainan pada waktu-waktu tertentu. Ia juga boleh digerakkan dan diubah supaya anda dapat menggerakkannya mengikut trajektori matahari.
  • Retractable : Awning jenis ini pula merupakan antara awaning yang menjadi pilihan ramai kerana ia boleh digulung atau dilipat apabila ia tidak digunakan. Ia sesuai jika anda ingin mengelakkan air daripada bertakung. Jika diluar negara ia sesuai bagi mengelakkan anda daripada menakung salji sehingga bertimbun.
  • Motorized : ia merupakan jenis awning yang lebih maju berbanding yang lain kerana ia dikuasakan oleh elektrik dan boleh dikawal menggunakan alat kawalan.

 

Bahan-bahan Yang Digunakan Sebagai Awning

Kanvas kebiasaannya dipilih untuk dijadikan awning kerana lebih murah. Ia juga sangat fleksibel sekaligus menjadikannya mudah untuk dilipat atau digulung. Selain itu, besi juga merupakan antara bahan yang sering digunakan sebagai awning. Ia kuat dan kukuh. Namun ia agak berat dan memerlukan kemahiran pakar untuk memasangnya. Jika anda lihat trend di Malaysia, awning rumah kebanyakkannya dibuat seperti bumbung rumah, tetapi dalam saiz yang lebih kecil. Itu yang menariknya di Malaysia ini. Semuanya kreatif dan mampu keluar daripada gaya kebiasaan. Hasil kreativiti di Malaysia ini menjadikan awning lebih menarik, moden dan sesuai dengan semua jenis rumah tanpa sedikitpun mengurangkan fungsinya untuk melindungi rumah daripada keadaan cuaca yang tidak berapa baik. Sekian sahaja info berkaitan awning rumah!

 

Nak dapatkan sebut harga awning rumah terkini?

Sesuai untuk anda yang inginkan awning rumah moden!

Klik Di Bawah Untuk WhatsApp SEKARANG!

 

 

no replies

Leave your comment