PINTU RUMAH YANG ANDA BOLEH CONSIDER UNTUK RUMAH ANDA

Pintu Rumah

Bagi anda yang bakal membina rumah atau berpindah masuk ke rumah baru, memilih pintu pastinya perkara yang akan memakan masa. Salah satu sebabnya, tentulah anda inginkan pintu dengan rekaan dan kualiti yang terbaik. Tapi, yang menjadi masalahnya adalah anda sendiri tak tahu apa yang sebenarnya terbaik untuk anda bukan? Kali ini, kami akan berkongsikan tips dan jenis pintu rumah yang boleh anda consider untuk rumah anda. Apa yang akan dikongsikan adalah jenis, kelebihan dan kekurangannya untuk membantu anda membuat pilihan.

 

1 . PINTU KAYU/TIMBER

 

Servis Memasang Pintu Rumah

 

Secara umumnya, pintu kayu merupakan pintu yang paling popular dan banyak digunakan. Hal ini kerana kayu merupakan antara bahan yang paling mudah untuk didapatkan dan ia juga mudah untuk dibentuk oleh tukang kayu. Terdapat berbagai jenis kayu yang terdapat sekarang ini dari jenis kayu yang paling mahal hinggalah ke jenis kayu yang pada harga bajet. Kalau diikutkan, pintu kayu sesuai digunakan pada mana-mana bahagian rumah. Tetapi, ramai yang lebih menggemari untuk meletakkannya di bahagian luar rumah.

 

2 . PINTU BERBINGKAI DAN BERPANEL

Servis Memasang Pintu Rumah

 

Ini merupakan antara satu lagi pintu yang digunakan di kebanyakan rumah. Bingkai pintu jenis ini biasanya diperbuat daripada kayu dan bahagian panelnya diperbuat daripada plywood, block board, kaca dan lain-lain bahan lagi. Jika dahulu, rekaan pintu jenis ini pada panelnya kebiasaannya dibiarkan kosong, namun sekarang ini, ramai yang sudah mula melakukan ukiran sekaligus menjadikannya lebih menarik. Pintu jenis ini boleh anda design mengikut citarasa anda dan ini yang menajdikannya lebih menarik. Bahagian panelnya yang boleh diperbuat daripada bermacam-macam jenis bahan menjadikannya sebuah pintu mix and match yang menarik.

 

3 . PINTU PVC

Servis Pasang Pintu Rumah

PVC ataupun kalau nak sebut nama panjangnya Poly Vinyl Chloride merupakan antara bahan yang boleh digunakan dalam banyak benda termasuklah untuk dibuat pintu. Pintu jenis PVC ini secara ringkasnya merupakan pintu plastik dan telah menjadi antara bahan yang semakin popular digunakan. Kelebihan pintu jenis PVC adalah ia ringan, mudah direkabentuk dan juga mudah dipasang. Selain itu, ia tahan hakisan tidak seperti pintu yang diperbuat daripada kayu. Namun begitu, kekurangan yang paling ketara bagi pintu jenis ini adalah ia tidak sesuai untuk dijadikan sebagai pintu utama kerana ia tidak mampu bertahan kukuh seperti pintu kayu dan besi ketika keadaan cuaca yang agak teruk.

 

  1. PINTU FLUSH

Pintu jenis ini mempunyai permukaan yang sangat licin dan halus. Kira sedap mata memandang kerana rekaannya yang kelihatan sangat simple. Ia biasanya diperbuat daripada plywood ataupun Medium Density Fiberboard. Pintu jenis ini tersangat ringan. Ia kebiasaannya dipasang untuk rekaan dalaman dan ada juga sesetengah orang yang menggunakannya sebagai pintu luar. Bingkai pintu ini boleh diperbuat daripada kayu, besi dan lain-lain bahan lagi. Ia semakin banyak digunakan sekarang ini kerana ia lebih jimat, menarik pada pandangan mata, dan  mudah didapati di pasaran. Jika anda ingin menggunakannya pada tandas rumah anda, pastikan pintu ini dilapisi aluminium untuk memastikannya terlindung daripada terkena air.

5.PINTU BESI

Besi atau logam lain sering dijadikan sebagai bahan untuk dibuat sebagai pintu. Ia telah lama digunakan kerana strukturnya yang keras dan sesuai untuk digunakan didalam dan diluar. Ia juga dikenali sebagai pengganti terbaik kepada kayu untuk dijadikan sebagai bingkai pintu. Ia juga boleh dibentuk kepada pelbagai bentuk yang menarik. Kekukuhannya menjadikannya sebagai antara pilihan utama untuk dijadikan pintu. Namun harganya agak mahal sedikit.

 

 

no replies

Leave your comment